Gaya HidupTrending

Neelofa, PU Riz Selesa ‘Sorok’ Wajah Anak-Anak

Selebriti terkenal, Neelofa, 37, tampil memberi penjelasan susulan penularan sebuah video yang memaparkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal di media sosial baru-baru ini.

Menurut Neelofa, rakaman berkenaan bukanlah kandungan terbaharu seperti yang disangka ramai, sebaliknya dirakam beberapa tahun lalu ketika Bilal masih berusia dua tahun.

“Video itu sebenarnya lama dan dibuat untuk tujuan ulasan produk. Ia masih ada di platform media sosial saya. Saya sendiri terkejut apabila ada pihak memuat naik semula rakaman dan gambar tersebut,” jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak berkongsi wajah anak-anak secara kerap di media sosial, Neelofa menegaskan dia tidak pernah menyembunyikan mereka daripada umum, terutamanya apabila berada di tempat awam.

“Saya rasa lebih tenang apabila wajah anak tidak dipaparkan secara terbuka kerana tiada perbandingan atau komen berlebihan daripada netizen. Saya juga tidak perlu mendengar pandangan orang luar. Biarlah begitu sehingga mereka membesar,” katanya lagi.

Tambahnya, dia dan suami, Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz tidak menghalang sesiapa daripada melihat wajah Bilal dan Abdullah Abbas secara langsung, namun berharap orang ramai menghormati privasi dengan tidak merakam atau menyebarkan gambar anak-anak mereka tanpa keizinan.

Sementara itu, PU Riz, 31, turut senada dengan Neelofa dan memaklumkan mereka mempunyai perancangan tersendiri mengenai pendedahan wajah anak-anak di media sosial.

“Kami tunggu masa yang sesuai. Mungkin apabila mereka sudah boleh bercakap dan berdakwah sendiri. Ketika itu barulah kami pertimbangkan sebarang kerjasama. Setiap kanak-kanak ada perkembangan yang berbeza,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, serta Abdullah Abbas yang kini berusia 3 tahun.

Related Articles

Back to top button