MCMC Keluar Notis Niat Gantung Lesen Stesen Era

MCMC keluar notis niat gantung lesen stesen Era

KEMELUT yang melanda stesen radio Era nampaknya semakin berpanjangan apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan notis niat untuk menggantung lesen stesen berkenaan susulan kontroversi membabitkan kandungan yang didakwa menghina agama Hindu.

Lesen stesen radio itu dipegang oleh syarikat induknya dan mereka diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan jawapan sebelum sebarang keputusan diambil.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, MCMC turut mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung video tular yang dikatakan memperlekehkan agama Hindu akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya pada hari yang sama.

Terdahulu video kontroversi berkenaan telah dimuat naik di akaun TikTok rasmi ERA FM, telah mencetuskan reaksi negatif di media sosial sejak Selasa lalu.

Sehubungan itu, MCMC telah memanggil pihak pengurusan tertinggi Astro bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, enam individu termasuk tiga penyampai ERA FM telah hadir ke Bukit Aman pada Rabu bagi memberikan keterangan.

Related post

Leave a Reply