BeritaTrendingViral

Mahu Kekal Dinamik & Relevan, ERA umum ‘Line-Up’ Baharu Penyampai 

Sebagai sebuah radio berpengaruh, stesen radio ERA mengumumkan barisan penyampai baharu yang lebih segar dan dinamik bagi memberikan kelainan kepada pendengar setia mereka.

Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, langkah ini adalah sebahagian

daripada strategi ERA untuk terus relevan, khususnya kepada golongan muda dan remaja.

“Kami mahu membawa wajah-wajah baharu yang lebih segar untuk memberikan kelainan kepada line-up penyampai ERA. Pertukaran ini bukan sahaja memberi peluang kepada bakat baharu, tetapi juga menonjolkan potensi mereka,” kata Azah.

Antara perubahan menarik termasuk kembalinya format gaya penyampai untuk slot Petang ERA selepas sekian lama hanya menampilkan dua orang. Slot itu menampilkan Haziq dan Munabella bergandingan dengan Der. 

Selain itu, gandingan Ashhrapp dan Syasha yang sudah lama dak berdua kini kembali bersama untuk slot Malam Chill ERA, menjadikan ERA satu- satunya stesen radio yang mengekalkan konsep dua penyampai untuk segmen malam.

Lebih menarik, Der dan Ashhrapp mula bertugas secara rasmi mulai hari ini, menandakan permulaan baharu yang penuh semangat untuk ERA dan pendengar setia.

Segmen 3 Pagi ERA pula akan terus kekal bersama trio popular Nabil, Pak Azad dan Radin, manakala segmen ERAthon masih diterajui oleh Fazziq Muqris. Sementara itu, peminat muzik akan terus menikma Gempak Hit ERA yang kekal bersama Isha Norsham.

Bagi hujung minggu, ERA akan terus menampilkan variasi dengan penyampai sambilan dan finalis Penyampai Baharu ERA (PBE). Kecuali Aqil, yang akan mengendalikan segmen Malam Minggu ERA setiap Sabtu dari jam 8 malam hingga 11 malam.

“Ini adalah strategi ERA untuk memastikan kami kekal relevan dan dekat dengan pendengar muda. Kami percaya perubahan ini akan memberikan pengalaman mendengar yang lebih segar dan menyeronokkan.”

“Masa depan ERA adalah tentang inovasi dan keterhubungan. Kami bukan sahaja mahu menjadi stesen radio yang menghiburkan, tetapi juga pla orm yang membina komuniti,” kata Azah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. 

Dengan teknologi digital, media sosial, dan kandungan kreatif, ERA akan terus berevolusi untuk memenuhi gaya hidup pendengar. 

ERA juga akan terus melahirkan bakat baharu, memperkukuh interaksi dengan peminat, dan memastikan stesen ini menjadi pilihan utama generasi muda.

Related Articles

Back to top button