Trending

“Maaf Kecewakan Papa, Saya Perlahan-Lahan Tutup Aurat”

Penyanyi, Azeva, 25, tampil memohon maaf kepada bapanya yang juga penyanyi terkenal, Ameng kerana masih belum mampu menutup aurat sepenuhnya.

Menurut Azeva, dia kini sedang berusaha memperbaiki diri secara perlahan-lahan ke arah lebih baik dan berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

“Maaf kerana mengecewakan papa. Saya tahu tayang aurat itu salah dan saya bersyukur serta terima kasih kerana menegur.

“Saya tengah cuba untuk berubah. Siapa yang kenal saya sejak dulu boleh nampak saya perlahan-lahan mula menutup aurat.

“Saya juga sudah membeli tudung dan kadang-kadang memadankannya dengan jubah. Pakaian malam ini pun kalau boleh saya mahu menutup aurat. Apa pun saya harap semua doakan yang baik-baik,” katanya.

Terdahulu, Ameng menerusi satu siaran langsung di TikTok mendedahkan dia sudah beberapa kali menasihati anaknya supaya menutup aurat, namun teguran tersebut masih belum dapat dipraktikkan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Azeva turut berkongsi dirinya kini semakin dekat dengan Allah selepas melalui pengalaman sukar apabila ibunya, Datuk A Aida dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

“Saya jadi lebih rapat dengan Allah selepas melihat ibu saya terlantar di unit rawatan rapi (ICU).

“Allah kembalikan ibu saya kepada kami dan pada masa sama banyak memberi rezeki kepada saya. Hubungan saya dengan pencipta juga semakin dekat,” ujarnya lagi.

Related Articles

Back to top button