Berita

Lydia Ibtisam Sedang Kritikal

Pelakon popular era awal 2000-an, Lydia Ibtisam dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh rakan baiknya yang juga pelakon dan penyanyi, Elliza Razak menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Elliza, dia berharap orang ramai dapat mendoakan agar Lydia diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Dengan berat hati saya ingin memberitahu semua tentang keadaan sahabat baik saya, Lydia Ibtisam. Beliau dalam keadaan sangat kritikal sekarang di hospital.

“Mohon semua bantu tadah tangan doakan dia diberi keajaiban untuk sihat semula. Kalau boleh mohon semua boleh buat solat hajat untuk dia sembuh semula seperti sediakala,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Elliza turut meluahkan kesedihan melihat keadaan Lydia yang sedang bertarung dengan kesakitan.

“Ya Allah Lydia, aku tak boleh tengok hang dalam keadaan lemah macam ni. Hang kuat Lydia. Aku sayang hang sangat-sangat. Moga Allah permudahkan urusan hang. Moga keajaiban terjadi nanti,” luahnya.

Bagaimanapun, Elliza tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penyakit yang dihidapi pelakon berusia 45 tahun itu.

Related Articles

Back to top button