Trending

Linda Jasmine Kunci Mulut Polemik Dengan Que Haidar

Koreografer tari tersohor, Linda Jasmine memilih untuk tidak mengulas lebih berkaitan kehidupan peribadinya, khususnya melibatkan bekas suami yang juga pelakon, Que Haidar.

Linda menegaskan dia tidak lagi mahu mengulas perkara tersebut dan hanya mahu memberi fokus kepada komitmennya bersama anak, Ratu dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM 2).

“Tak nak komen. Terima kasih. Saya akan menjawab hanya mengenai program TTMM 2 ini sahaja,” katanya ringkas.

Dalam masa sama, Linda turut mengunci mulut mengenai dakwaan bahawa dia ada membalas komen netizen di media sosial berhubung isu perpisahan mereka, termasuk spekulasi mengatakan keputusan itu dibuat demi melindungi anak-anak daripada perkara tidak diingini.

Malah, apabila ditanya sama ada Que akan hadir pada konsert seterusnya bagi menyaksikan persembahan Ratu, Linda mengakui tidak mengetahui perkara tersebut.

“Itu saya tak tahu, tiada komen,” ujarnya lagi.

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Linda dan Que menjadi bualan hangat di media sosial selepas kenyataan yang dimuat naiknya mencuri perhatian ramai.

“Saya melindungi mereka (anak-anak) daripada kejahatan, sebab itu saya menceraikan dia. #YTJT,” tulisnya ringkas tanpa mengulas lanjut.

Related Articles

Back to top button