TrendingViral

Lelaki Kecewa Anak Terima Angpau RM2 Daripada Saudara Kaya

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, golongan dewasa lazimnya memberikan angpau kepada kanak-kanak dan individu bujang sebagai sebahagian daripada tradisi perayaan.

Walaupun ramai sering berdebat tentang jumlah yang dianggap munasabah, seorang lelaki baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa anak-anaknya menerima jumlah angpau yang terlalu kecil daripada seorang saudara yang berada.

Dalam satu hantaran panjang, individu tersebut memulakan cerita dengan menggambarkan latar belakang saudara berkenaan yang tinggal di rumah teres dan kerap melancong ke luar negara.

Menurutnya, setiap kali Tahun Baharu Cina, terdapat peraturan tidak bertulis dalam kalangan ahli keluarga bahawa orang dewasa biasanya memberi angpau bernilai RM5 atau RM10.

Namun, perkara itu tidak terpakai kepada saudara tersebut yang didakwa hanya memberi RM2 setiap tahun, sekali gus menimbulkan rasa kecewa.

“Anak-anak saudara itu menerima ratusan angpau setiap tahun. Kalau purata kita bagi RM10 dan mereka beri RM2, berapa ‘untung bersih’ yang mereka dapat setiap tahun?” soalnya.

Netizen itu turut mendakwa selain jumlah wang, saudara berkenaan juga didakwa berkira dalam penyediaan juadah Tahun Baharu Cina untuk tetamu, dengan hanya menyediakan air kosong dan sebungkus makanan ringan.

“Saya bukan minta hidangan mewah, tapi tak bolehkah sekurang-kurangnya tunjukkan sedikit layanan setahun sekali?

“RM2 tu ikhlas macam mana? Itu harga zaman 1990-an, sekarang nak beli secawan teh O pun tak cukup.

“Saya tahu ada orang akan kata saya berkira. Tapi bagi saya, angpau bukan pelaburan atau soal kira pulangan (ROI). Ia tentang hubungan dan suasana,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button