Lelaki Ini Viral Gara-Gara Curi Pakaian Dalam Wanita Secara Drive Thru
Macam-macam perkara pelik dilakukan orang untuk memuaskan ‘nafsu’ masing-masing.
Baru-baru ini, sepotong video meraih perhatian netizen apabila dia dilihat mencuri pakaian dalam wanita yang tergantung diampaian secara drive thru.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Kedawung, Cirebon, wilayah Jawa Barat, Indonesia.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki itu menunggang skuter sebelum berhenti pada satu gantungan baju.
Lelaki berkenaan bertindak mengambil pakaian dalam yang tergantung tanpa turun daripada motosikal miliknya.
Mangsa yang kehilangan pakaian dalam berkata, dia pernah mengalami kejadian sama sebanyak dua kali.
“Kecurian pertama berlaku sekitar pukul 12 malam (waktu tempatan) pada 18 April, manakala pencurian kedua berlaku pada 21 April lepas.
“Saya masih belum melaporkan kepada polis kerana berasa malu,” tambah Mi.