Lambat Serah Duit Hantaran, Rumah Bakal Pengantin Lelaki Rosakkan Keluarga Tunang

Gara-gara terlewat menyerahkan duit hantaran berjumlah 100 juta rupiah (RM27,000) rumah seorang bakal pengantin dirosakkan oleh tunangnya!

Memetik laporan Lambe Turah, difahamkan kejadian berlaku di Sulawesi Selatan pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Tamalatea, Asisten Komisioner Suardi berkata, ‘tragedi’ itu berlaku apabila keluarga bakal pengantin perempuan marah atas kelewatan pengantin lelaki memberikan wang kepada mereka.

“Mangsa yang dikenali sebagai MK, tidak menghantar duit belanja sebanyak 100 juta rupiah seperti yang sudah dipersetujui dengan pihak perempuan.

“Menurut mangsa, duit hantaran masih belum mencukupi ketika waktu yang dijanjikan, membuatkan dia tidak dapat pergi.

“Hal ini menjadikan keluarga bakal pengantin perempuan berasa malu dan marah,” katanya.

Dalam pada itu, Suardi menambah, masalah komunikasi antara kedua-dua pihak keluarga dipercayai menjadi punca kepada kes berkenaan.

“Pihak lelaki memberitahu bahawa mereka diberi tempoh sehingga pukul 10 malam (waktu tempatan) untuk menghantar wang.

“Namun, pihak wanita pula berkata, mereka tidak memberikan tempoh masa seperti itu. Justeru, mungkin telah berlakunya salah faham,” jelasnya.

Tambah Suardi, bakal pengantin lelaki nekad membuat laporan polis selepas melihat perbuatan keluarga tunang merosakkan kediamannya.

Related post

Leave a Reply