Khai Bahar Menangis, Kuah Kacang Kakak Sama Dengan Air Tangan Arwah Ibu

PENYANYI, Khai Bahar, 31, mengalirkan air mata apabila menikmati kuah kacang yang dimasak oleh kakaknya.

Hal ini kerana, menurut pemilik nama lengkap Muhammad Khairul Baharuddin, masakan tersebut sama dengan air tangan arwah ibunya, Rosnah Muhammad.

“Benda paling saya tak boleh lupa waktu raya adalah kuah kacang mak. Memang wajib ada kuah kacang.

“Masa kecil dulu saya selalu akan tolong mak kacau kuah kacang dalam kuali. Alhamdulillah malam tadi kakak buat sebiji rasa macam mak buat,” kongsinya menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian itu, Khai yang mengenakan baju Melayu berwarna biru dilihat beberapa kali mengesat matanya sambil menikmati juadah tersebut.

Tambah pelantun lagu ‘Bayang’ itu, kuah kacang yang disediakan kakaknya seratus peratus sama dengan resepi arwah ibunya.

“Patutlah dia semangat nak suruh saya rasa kuah kacang dia buat. Sumpah sama macam mak buat,” luahnya lagi.

Imbas kembali, arwah ibu Khai meninggal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pada 3 Januari 2024.

Related post

Leave a Reply