‘Kenapa Lelaki Kalau Dah Cerai Liat Nak Bagi Nafkah’ – Rita Rudaini

Pelakon, Rita Rudaini, 49, menyelar tindakan segelintir kaum lelaki yang culas membayar nafkah selepas bercerai.

Jelas pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, situasi itu kerap berlaku apabila golongan lelaki tersebut sudah berkahwin baharu.

“Kenapa kebanyakkan lelaki kalau dah cerai susah dan liat nak bagi nafkah.

“Tambah-tambah lagi yang dah berkahwin baharu, kahwin pula dengan penyondol,” luah Rita menerusi sebuah hantaran di platform Threads.

Tidak memukul rata, Rita bagaimanapun melihat sikap tersebut selalunya ada pada golongan lelaki yang berkahwin dengan perampas atau ‘penyondol’.

“Yang nikah dengan penyondol akan jadi ekstra perangai hodoh. Sehodoh muka dan senajis hati penyondol,” ungkapnya lagi.

Dalam masa sama, pelakon yang popular menerusi filem Mami Jarum itu berpendapat segelintir wanita yang terpaksa ‘melondehkan’ sikap bekas pasangan mereka disebabkan sudah tidak mampu menyimpan perasaan.

“Sebab itu jangan bagi orang perempuan meroyan. Kalau sudah meroyan, semua benda yang dia telan akan dimuntahkan. Faham tak?” tambahnya.

Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang menjadi tunjang kekuatan Rita.

Related post

Leave a Reply