Kekal Relevan, Empat Lagu Siti Nurhaliza Capai Lebih 20 Juta Strim Di Spotify

Nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menjadi sebutan peminat tatkala tersenarai sebagai antara penyanyi tempatan yang memiliki beberapa lagu dengan jumlah lebih 20 juta strim di platform Spotify.

Menduduki tangga ketiga, Siti memiliki empat buah lagu yang memiliki jumlah strim melebihi 20 juta, termasuklah Seluruh Cinta, Aku Cinta Padamu dan Purnama Merindu.

Meninjau komen peminat, ramai dalam kalangan peminat memuji relevansi seorang bernama Siti Nurhaliza sepanjang berkarya sebagai penyanyi untuk tempoh 30 tahun.

“Sebenarnyakan, kalau ikutkan, ia okey kalau nama Siti Nurhaliza tidak termasuk dalam list. Sebab beliau hadir dan prime di zaman kaset atau cd. Jualan zaman tu pun beliau cemerlang. Namun, untuk artis zaman dulu yang masuk carta zaman streaming adalah satu benda yang wow ya.”

“Faham tak, dia muncul pada zaman kaset, melewati zaman CD dan tetap kekal relevan zaman online streaming sekarang! Legend betul!”

Selain Siti, penyanyi Yuna menduduki tangga teratas dengan tujuh buah lagu, Fish Leong (tempat kedua dengan lima buah lagu), Firdhaus (tempat keempat dengan lima buah lagu) dan Sufian Suhaimi (tempat kelimat dengan tiga buah lagu.

Sumber: Carta Pop Msia

Related post

Leave a Reply