Trending

Kaka Azraff Belum Sedia Kongsi Status Rumah Tangga

Penyanyi, Kaka Azraff, 37, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff yang dikatakan sekali lagi berdepan masalah.

Menurut pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff, dia menganggap perkara berkaitan peribadi sebagai sesuatu yang sensitif untuk dikongsi buat masa ini, namun akan menjelaskan keadaan sebenar apabila tiba waktu sesuai.

“Perkara ini terlalu peribadi untuk saya. Saya tak boleh nak dedahkan status saya ketika ini.

“Tetapi bila semuanya sudah pasti nanti, saya akan kongsikan dengan media kerana kalian yang berada bersama saya sewaktu saya nak melangkah naik di dalam industri ini.Tak mungkin saya akan abaikan kalian,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Kaka mencuri perhatian apabila beberapa hantaran di Threads dilihat seolah-olah berkongsi luahan perasaan, termasuk mengenai isu berdepan individu bersifat narsistik.

Namun begitu, Kaka menjelaskan bahawa perkongsian tersebut tidak semestinya merujuk kepada dirinya secara langsung, sebaliknya lebih kepada pengalaman serta kisah orang sekeliling yang dekat dengannya.

“Ramai kawan-kawan dan saudara mara saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Masing-masing ada cerita dan ujian tersendiri.

“Saya pula baru sahaja melancarkan album baharu. Jadi apa yang saya kongsikan di Threads sebenarnya ada kaitan dengan lagu-lagu dalam album tersebut.

“Saya hanya ingin menjadi suara kepada mereka yang sedang melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Doakan yang baik-baik untuk kami semua,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada Disember 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, Aryan dan Atta.

Related Articles

Back to top button