Jumpa Pecahan Kaca Persis Ketulan Ais Dalam Kopi

SEORANG individu terkejut selepas menjumpai pecahan kaca dalam minuman kopi bungkus yang dibelinya dari sebuah kopitiam di Seri Kembangan, Selangor.

Menerusi perkongsian laporan polis yang dibuat di sebuah ruangan komuniti di Facebook, mangsa difahamkan membeli kopi berkenaan pukul 6 pagi pada 21 Mac lalu.

Setibanya di rumah, anak mereka membuka minuman berkenaan dan dikatakan menemui serpihan kaca di dalamnya.

“Saya kembali ke kedai untuk memaklumkan kepada mereka, tetapi kedai sudah ditutup. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk pihak berkuasa yang berkenaan mengambil tindakan,” tulis laporan berkenaan.

Individu itu turut berkongsi video dan beberapa gambar kopi yang mengandungi serpihan kaca bersaiz besar dan kecil

Kebanyakan serpihan itu menyerupai ais yang pecah, manakala yang lain sangat kecil sehingga termendap pada bahagian bawah minuman.

Menerusi laporan China Press, ADUN Sri Kembangan Wong Siew Ki telah dimaklumkan mengenai isu berkenaan.

Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan pengguna di Facebook:

“Jika satu paket, mungkin ia boleh dimaafkan. Tetapi lima paket adalah masalah.”

“Ini boleh membahayakan nyawa.”

“Saya telah melihat beberapa komen daripada orang lain yang mendakwa mereka telah menghadapi isu yang sama! Ini adalah perkara yang serius.”

Related post

Leave a Reply