Berita
Jalil Hamid Meninggal Dunia

Pelakon veteran Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari Isnin pada usia 69 tahun.
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Afiqah yang memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dalam keadaan tidur.
Menurutnya, Allahyarham sempat bangun menunaikan solat Subuh sebelum kembali berehat. Namun, ketika isterinya cuba mengejutkannya menjelang tengah hari, Allahyarham didapati sudah tidak sedarkan diri.
Afiqah turut memaklumkan Allahyarham sebelum ini mempunyai sejarah penyakit jantung.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.



