Individu Ini Terkejut Duit RM5 Dijual Lebih Tinggi Di Luar Negara
Duit lama atau wang antik sering menjadi buruan pengumpul dari seluruh dunia. Tidak hairan jika wang-wang lama yang masih elok dalam simpanan dijual pada harga yang tinggi, kadang-kala berganda-ganda daripada nilai asalnya.
Namun, lain pula kisahnya yang berlaku terhadap seorang rakyat Malaysia yang sedang bercuti di Barcelona, Sepanyol.
Menerusi perkongsian, individu tersebut mendakwa sebuah kedai antik di sana menjual duit kertas Malaysia RM5 pada harga 6 Euro (RM24)
Menerusi perkongsian gambar di Thread, individu tersebut berkata: “Jumpa dekat booth barangan antik dekat Barcelona, Spain. RM5 kita dia orang jual sampai €6 (RM24),” tulis pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan menerima maklum balas yang pelbagai dalam kalangan netizen. Ada yang yang mendakwa nombor siri pada wang kertas berkenaan yang menjadikannya dijual pada harga mahal.
Ada juga yang menzahirkan rasa hairan memandangkan wang kertas tersebut merupakan wang kertas baharu dan tidak mungkin ia dijual kerana dianggap sebagai wang kertas usang.
Selain itu, ada juga yang bergurau dengan menyatakan wang kertas pada masa kini dikira antik memandangkan kebanyakan urusan perniagaan dijalankan dengan imbasan kod QR.