Ibu Aliff Syukri Tayang Suami Baharu
USAHAWAN Bonda Rozita Ibrahim akhirnya memberitahu status rumah tangganya selepas memuat naik gambar seorang lelaki yang didakwa sebagai suami baharu di Instagram semalam.
Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik, Rozita yang juga ibu kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu dilihat sedang berada di depan Kaabah, dipercayai sedang mengerjakan umrah.
“Menjawab persoalan pengikut. Bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, kami datang kepada Mu dengan hati yang penuh harapan dan tangan yang menadah keampunan.
“Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Satukanlah hati kami dengan kasih sayang serta reda Mu.
“Temukanlah kami dalam syurga Mu yang abadi. Kami sayang anak-anak kami,berikan mereka kekuatan untuk solat dan beramal kebaikan,” katanya menerusi kapsyen Instagram.
Dalam masa sama, Rozita juga memuat naik paparan ‘screenshot’ daripada seorang pengikut yang berasa hairan melihat dia masih merahsiakan statusnya sebagai kini bergelar seorang isteri atau tidak.
“Benda baik kenapa bonda nak sorok suami baru, sampai bila? Rasanya semua netizen dah tahu melalui Ain (anak Rozita), penjelasan yang tidak mendatangkan fitnah kepada kami.
“Saya mendoakan kebahagiaan (tersangat nampaknya). Semoga kekal hingga ke Jannah,” ujar pengikut terbabit.
Sementara itu, dramatis Datin Rebecca Islam yang juga merupakan adik kepada lelaki terbabit turut meninggalkan komen mendoakan urusan mereka dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semoga segalanya dipermudahkan buat Abang Long dan kakak iparku (Rozita). Umrah mabrur, amin,” tuturnya.
Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Rozita bertiup kencang selepas kelibat seorang lelaki muncul ketika Rozita sedang bersiaran langsung bagi mempromosikan produknya.