Global

Guru Mengaku Bersalah Lakukan Hubungan Intim, Rakam Setiap Aksi Bersama Pelajar Sendiri

Seorang guru di Michigan, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan jenayah seksual yang disifatkan sebagai ‘menjijikkan’ iaitu melibatkan bekas pelajarnya sendirinya.

Jocelyn Sanroman sebelum ini bertugas di Oakside Scholars Charter School di Waterford Township, Michigan, ketika dia melakukan hubungan seksual dengan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang pernah dibimbingnya, menurut laporan New York Post.

Sanroman dilaporkan turut merakam pertemuan tersebut ketika berada di rumah pelajar berkenaan. Dia kemudian mengakui perbuatannya kepada seorang rakan sekerja di sekolah, yang seterusnya melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan sekolah sehingga membawa kepada siasatan polis.

Hakim dalam kes tersebut mengecam keras tindakannya, menyifatkannya sebagai menjijikkan serta tingkah laku berisiko serius.

Pada satu ketika, hakim bertanya kepada Sanroman: “Apa yang awak ingin katakan? Apa yang awak fikirkan?”

Sanroman menjawab itu adalah keputusan yang tidak bijak.

Peguam bela guru itu memaklumkan yang Sanroman mempunyai isu kesihatan mental yang tidak ditangani, sambil menyatakan Sanroman telah melakukan kesilapan besar dalam pertimbangan.

Menurut peguamnya lagi, Sanroman memahami kesalahannya dan kini sedang berusaha untuk memperbaiki diri.

Ibu kepada remaja berusia 16 tahun itu turut mengemukakan kenyataan impak mangsa yang dibacakan oleh pihak pendakwa, di mana dia menyatakan bahawa kehidupan anaknya serta keluarga mereka telah berubah buat selamanya.

Si ibu berkata, anaknya menjadi semakin menyendiri dan mengelakkan orang ramai kerana bimbang terhadap perhatian yang timbul akibat kes tersebut, malah telah dikeluarkan dari sekolah dan kini mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Sanroman akan diletakkan dalam senarai pesalah seksual Michigan seumur hidup selepas mengaku bersalah.

Related Articles

Back to top button