Trending

Fattah Tak Halang Amira Berhenti Berlakon – ‘Asalkan Dia Gembira’

Pelakon, Fattah Amin, 35, menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan isterinya, Amira Othman yang memilih untuk berundur daripada dunia lakonan dan memberi fokus kepada kerjaya nyanyian.

Menurut Fattah, sebagai suami, keutamaan utamanya adalah memastikan kebahagiaan Amira dalam apa jua yang dilakukan, sama ada melibatkan kerjaya mahupun kehidupan peribadi.

“Saya tak kisah apa pun pilihan Amira, asalkan dia gembira dengan apa yang dibuat. Kita pun kalau nak buat sesuatu, mestilah kena rasa seronok dulu.

“Kita tak nak buat sesuatu dalam keadaan terpaksa. Lagipun, kita berada dalam industri ini untuk cari rezeki,” katanya.

Dalam telefilem romantik komedi terbitan UTV Original itu, Fattah sekali lagi digandingkan bersama Amira, membawakan watak sebagai pasangan suami isteri.

Menurutnya, peluang berlakon bersama isteri memudahkan proses membina keserasian, lebih-lebih lagi selepas kejayaan projek terdahulu.

“Kali ini memang rezeki dapat berlakon bersama. Jadi semuanya lebih mudah, termasuk nak wujudkan chemistry.

“Bila ada tawaran, kami akan tengok skrip dulu, kemudian watak. Tapi semuanya bergantung kepada rezeki juga.

“Kalau rasa sesuai, barulah kami setuju. Kalau tidak, kami akan tolak dengan baik,” jelasnya.

Terdahulu, Amira memaklumkan dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang nyanyian dan hanya akan menerima tawaran lakonan tertentu yang berkaitan dengan komitmen jenama diwakilinya.

Dalam perkembangan lain, Amira turut berkongsi khabar gembira apabila kini hamil tujuh bulan dan dijangka bersalin pada hujung Jun.

Amira dan Fattah selamat bergelar suami isteri pada 14 September tahun lalu.

Related Articles

Back to top button