BeritaTrendingViral

Didakwa Jadi Isteri Keempat VVIP, Daiyan Trisha Tergelak

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, 31, menafikan dakwaan yang mengaitkan dia kononnya telah berkahwin secara rahsia dan bergelar isteri keempat kepada seorang golongan kenamaan.

Pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, berkata dia tidak mengambil serius gosip tersebut dan menganggap sekadar khabar angin yang mengundang rasa terhibur.

“Saya sendiri terkejut apabila ditanya wartawan tentang perkara ini. Ia lucu dan saya hanya mampu ketawa.

“Sebelum ini, ada juga yang mendakwa saya dibela, ada ‘sugar daddy’, dan sekarang pula jadi isteri keempat. Semua ini datang dari kategori gosip yang sama,” katanya.

Menegaskan dirinya masih bujang, Daiyan berkata jika mahu berkahwin kelak, dia tidak akan menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

“Saya masih single, dan kalau saya kahwin, saya akan pastikan saya isteri pertama. Itu syarat wajib saya,” jelas pelantun lagu Penat itu.

Katanya lagi, dakwaan tersebut mungkin timbul susulan gaya hidupnya yang dianggap mewah, termasuk memiliki sebuah banglo dan sumber kewangan yang dipersoalkan segelintir pihak.

“Gosip ini timbul mungkin sebab saya belum berkahwin, tetapi apa yang saya miliki hari ini adalah hasil usaha dan kerja keras saya sendiri, bukan kerana ada individu yang ‘menjaga’ saya. Kalau saya sudah berkahwin, saya pasti akan beritahu kepada semua. Insya-Allah,” kongsinya.

Terdahulu, nama Daiyan menjadi bualan ramai selepas tular satu artikel yang mendakwa seorang selebriti wanita telah bernikah secara rahsia dengan seorang VVIP.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button