Berita

Degil Masih Buat Kerja Berat, Slip Disc Nabila Huda Serang Kembali

Pelakon, Nabila Huda mendedahkan penyakit slip disc kronik yang dihidapinya kembali menyerang sehingga memaksanya membatalkan segala perancangan yang telah diatur pada hari cuti.

Nabila berkata kesakitan yang dialami kali ini begitu teruk sehingga dia hanya mampu berehat di rumah tanpa mampu melakukan sebarang aktiviti.

“Masa hari cuti inilah slip disc menyerang. Sudah rancang macam-macam untuk hari ini. Hendak pergi gimnasium, singgah makan di Ben’s, memasak dan basuh pakaian.

“Sekarang hanya mampu baring sahaja, memang tak boleh bergerak,” luahnya dalam satu perkongsian di Threads.

Sebelum itu, Nabila turut berkongsi keadaan dirinya menerusi Instagram Story sambil mengakui kesakitan tersebut berpunca daripada sikapnya yang terlalu memaksa diri melakukan pelbagai aktiviti.

Menurutnya, dia mengabaikan beberapa perkara penting yang sepatutnya diberi perhatian sehingga menyebabkan kecederaan itu kembali berulang.

“Beginilah jadinya apabila saya terlalu menggunakan badan. Saya degil, masih buat kerja berat, abaikan fisioterapi, tak endahkan amaran dan akhirnya slip disc datang menyerang semula,” katanya.

Terdahulu, beberapa bulan lalu, Nabila pernah memaklumkan penyakit slip disc yang dihidapinya kembali berulang sehingga memaksanya mendapatkan rawatan serta menjalani pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar.

Related Articles

Back to top button