Berita

Bekas Wartawan Penyiaran, Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Bekas wartawan penyiaran terkenal, Karam Singh Walia dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Isnin, sekali gus meninggalkan satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan tanah air.

Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Jasbant Singh yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa di Media Prima Berhad.

Sepanjang bergelar wartawan, mendiang cukup dikenali dengan laporan berunsur alam sekitar yang berani dan berimpak tinggi, terutamanya dalam membongkar isu pencemaran serta hal-hal berkaitan keselamatan awam.

Nama Karam Singh Walia juga sangat sinonim dengan Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), di mana mendiang menjadi antara wajah utama yang mencorakkan gaya penyampaian berita yang tegas, lantang dan berprinsip.

Pendekatan kewartawanannya yang sering turun padang dan menyelami sendiri isu di lapangan menjadikan beliau dihormati serta dianggap sebagai perintis dalam bidang kewartawanan balam sekitar di Malaysia.

Pemergian beliau pastinya dirasai ramai, khususnya dalam kalangan pengamal media dan penonton yang mengikuti berita laporannya selama ini.

Related Articles

Back to top button