Trending

Amira Othman Tak Sihat, Ganti Umairah Saat Akhir

Penyanyi, Irfan Haris menjelaskan mengenai ketiadaan kakaknya, Amira Othman untuk mempersembahkan lagu duet mereka berjudul Takdir dan Rasa di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-40, pada Jumaat.

Menurut Irfan, Amira memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak berada dalam keadaan cukup sihat untuk melakukan persembahan .

“Perkara ini berlaku agak saat akhir. Pada awalnya saya cuba pujuk kakak untuk teruskan, tetapi bila fikirkan keadaan kesihatannya, saya tidak sanggup memaksa.

“Bagi saya, kesihatan itu lebih penting. Jadi saya reda dan anggap ini semua sudah ditentukan,” katanya.

Tambah Irfan, dia mengambil keputusan untuk mencari pengganti bagi memastikan penyertaannya dalam pertandingan berprestij itu tidak terhenti begitu sahaja.

“Saya tak mahu tarik diri sebab peluang ini saya tunggu hampir 10 tahun. Jadi kami sepakat cari penyanyi lain untuk gantikan tempat kakak,” katanya.

Menurutnya lagi, Amira sendiri memainkan peranan penting dalam mencari pengganti yang sesuai sebelum akhirnya memilih Umairah untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Kakak memang bersungguh-sungguh bantu cari pengganti. Dia hubungi ramai kenalan, tetapi kebanyakan tidak dapat beri komitmen. Alhamdulillah akhirnya kami jumpa Umairah yang sudi membantu,” katanya.

Sementara itu, Umairah, 15, mengakui peluang tersebut datang secara mengejut dan tidak pernah disangka.

“Saya dapat mesej daripada Kak Amira ketika baru pulang dari sekolah. Dia minta saya gantikan tempatnya.

“Mula-mula memang rasa macam tak percaya. Saya terus beritahu mak Rozi dan dia bantu susun jadual supaya saya dapat buat persembahan ini,” katanya.

Walaupun diberi masa latihan yang singkat, Umairah bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah saya cuba buat yang terbaik walaupun persiapan sangat singkat. Sejujurnya, saya rasa ini peluang besar dan agak awal untuk saya berada di pentas separuh akhir,” katanya.

Related Articles

Back to top button