Ahmad Dhani Dilapor Polis Gara-Gara Singgung Etnik Rayen
Pergaduhan antara Ahmad Dhani dan penyanyi Rayen Poji nampaknya semakin memuncak apabila satu laporan polis dibuat di Jakarta Selatan pada Rabu.
Laporan berkenaan dibuat berkaitan dengan isu singgung-menyinggung tentang etnik yang diduga telah melukai Rayen dan keluarganya.
Dalam satu sidang media yang diadakan, Rayen menjelaskan proses tersebut berjalan lancar seperti mana yang diharapkan.
“Semuanya berjalan dengan baik dan laporan tersebut juga diterima oleh pihak polis seperti mana yang kami harapkan,” kata Rayen.
Kehadiran lelaki berkenaan ke balai polis turut ditemani peguamnya, Jajang, yang turut membawa sejumlah bukti untuk menguatkan laporan.
Antara bahan bukti yang dibawa termasuklah rakaman video saat Ahmad Dhani dan Rayen bertemu di kawasan Senayan sehinggakan insiden menyinggung etnik Rayen berlaku.
Tidak hanya itu, beberapa bukti percakapan dalam aplikasi WhatsApp turut dibawa selain pernyataan sebahagian entik yang terkesan turut sertakan.
“Ahli masyarakat mengancam keras tindakan tersebut apatah lagi dilakukan oleh seorang ternama. Dia seharusnya memberikan teladan,” ungkap Jajang seperti dilaporkan CNN Indonesia.
Dalam pada itu, Ahmad Dhani pula bertegas sudah menyampaikan permohonan maaf kepada Rayen atas apa yang telah berlaku.
“Saya sudah minta maaf atas kesalahan tersebut,” ungkap ahli kumpulan Dewa 19 ini kepada pihak media di sana.
Jelasnya dia tidak sesekali berniat untuk menyinggung etnik mahupun peribadi sesiapa selain menghargai proses undang-undang.
“Semua orang sama di depan undang-undang. Yang berbeza adalah pandangan masyarakat terhadap penafsiran hukum,” jelasnya.
Foto Detik