BeritaViral

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, Premis Di Senai Airport City Diarah Tutup

Satu lagi kes bendera kebangsaan dipasang secara terbalik kembali tular, kali ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Senai Airport City, Johor.

Insiden ini tercetus selepas seorang netizen merakam video kejadian tersebut dan memuat naiknya di media sosial, sekali gus menarik perhatian orang ramai dan pihak berkuasa.

Susulan penyebaran video itu, Majlis Perbandaran Kulai telah pergi ke premis berkenaan dan mengarahkan ia ditutup serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Arahan penutupan itu dibuat di bawah Seksyen 49(2) Undang-undang Kecil Perlesenan, Perdagangan dan Perindustrian Majlis Perbandaran Kulai 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, kemudian mengulas mengenai video tular tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan telah diambil dan kedudukan bendera itu telah diperbetulkan.

Beliau turut mendedahkan bahawa kesilapan tersebut dilakukan oleh seorang pekerja asing.

Apabila dihubungi oleh akhbar berbahasa Cina, Presiden Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd Hafiz Alima, berkata pihak berkuasa masihmenjalankan tindakan lanjut dan enggan mengulas lebih lanjut.

Ini bukan kali: pertama bendera kebangsaan dipamerkan secara salah di negeri itu, kerana insiden serupa pernah berlaku tahun lalu.

Sumber: China Press

Related Articles

Back to top button