BeritaGaya HidupViral

‘Kalau Ada Jodoh, Tak Mustahil Mereka Boleh Kembali Bersama’

Pelakon, Zain Saidin menitipkan kata-kata semangat buat pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang telah bercerai pada Isnin.

Mengakui lebih rapat dengan Kamal, Zain berkata, dia berasa empati dan memahami betapa berat ujian yang sedang dilalui kedua-dua selebriti tersebut.

“Saya kenal dua-dua, tapi saya boleh katakan saya lebih rapat dengan Kamal Adli walaupun tak rapat mana. Nombor telefon pun saya tak ada.

“Saya pun seorang bapa dan saya sangat faham perasaan bila ada anak. Awak (Kamal) sudah cuba yang terbaik dan pertahankan hubungan dengan Uqasha dan juga demi anak,” ujarnya dalam sebuah hantaran.

Menurut suami kepada Rozita Che Wan itu lagi, episod perceraian bukan sesuatu yang mudah untuk diharungi dan percaya boleh memberi kesan emosi yang besar kepada seseorang.

“Benda ini memang tak mudah. Saya nampak emosi awak, saya tahu betapa beratnya apa yang awak lalui. Bila perkara macam ini berlaku, bukan senang nak jumpa anak bila-bila masa. Itu yang paling menakutkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Zain menegaskan dia tidak memihak kepada mana-mana pihak dan menghormati privasi rumah tangga Kamal dan Uqasha.

“Saya tak berpihak kepada Kamal atau Uqasha. Saya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Ini rumah tangga mereka dan kita tak perlu tahu semuanya.

“Apa yang penting, netizen jangan kecam, jangan bercakap benda buruk. Cakap perkara yang baik dan doakan yang baik-baik,” katanta lagi.

Selain itu, Zain juga tidak menolak kemungkinan mereka boleh kembali bersama sekiranya masih ada jodoh.

“Kalau ada jodoh, tak mustahil mereka boleh kembali bersama. Kalau sesuatu itu dilepaskan dan ia kembali, mungkin itu memang milik kita.

“Apa pun, tetap kuat bro. Awak kuat, saya nampak awak kuat. Kalau awak perlukan seseorang untuk dengar cerita, saya ada. Tak perlu cerita pun tak apa. Saya ada untuk dengar.

“Apa pun, sujud dan berdoa kepada Allah. Hanya Dia yang boleh ubah segalanya,” katanya.

Terdahulu, Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pukul 12.56 tengah hari, Isnin.

Related Articles

Back to top button