Gaya HidupLakon LayarTrending

Andy Teh Dalam Fasa Mengenal Hati Budi Chacha Maembong

Pelakon, Andy Teh, 41, memaklumkan hubungannya dengan aktres Chacha Maembong sekadar berkawan baik dan kini masih berada dalam fasa saling mengenali hati budi.

Andy berkata buat masa ini masing-masing memberi keutamaan kepada kerjaya seni, namun tidak menolak sekiranya takdir menentukan hubungan mereka melangkah ke tahap lebih serius suatu hari nanti.

“Buat masa sekarang kami berkawan sahaja, dalam fasa berkenalan. Kalau ditakdirkan hubungan ini pergi ke arah lebih serius, kita tak boleh menolak,” katanya.

Menurut aktor itu, dia juga belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut kerana mereka tidak pernah membuat sebarang pengakuan rasmi mengenai status hubungan.

“Saya tak berani nak cakap lebih sebab kami memang tak pernah ‘declare’ apa-apa. Kami sepakat untuk jaga kerjaya masing-masing. Belum masa untuk kongsi apa-apa, itu sahaja yang saya boleh jawab setakat ini,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Andy mengakui sudah lama mengenali Chacha sejak terlibat dalam satu acara sebelum ini dan selesa berkawan dengan aktres berkenaan yang disifatkan mempunyai personaliti tersendiri.

“Memang dia ada kriteria wanita idaman saya, tapi sekarang kami berkawan sahaja. Dia seorang yang baik. Saya cuma tak mahu perkara yang belum pasti ini menimbulkan fitnah. Itu yang perlu dielakkan,” jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kesediaannya untuk memeluk Islam, Andy yang berketurunan Tionghua menyifatkan perkara tersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.

“Soalan itu memang ada berlegar dalam fikiran sebab ibu bapa saya penganut Buddha yang kuat. Malah, bapa saya pernah bertanya, kalau saya bercinta dengan wanita Melayu adakah saya akan masuk Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Andy berpandangan setiap perkara perlu mengikut undang-undang dan peraturan agama.

“Bagi saya, tiada masalah kalau jodoh saya wanita Muslim. Kalau sesuatu itu memang ditakdirkan berlaku, ia akan berlaku juga. Buat masa ini, dalam dua atau tiga tahun ini saya fokus pada kerjaya. Soal cinta biarlah datang sendiri, saya ikut sahaja ketentuan,” tambahnya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan Andy menjalin hubungan istimewa dengan Chacha atau nama penuhnya Siti Aishah Ismail, 29.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button