Raih Undi Lebih 12 Juta, Ernie Zakri Bintang Paling Popular
Penyanyi, Ernie Zakri muncul sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung pada Jumaat, sekali gus terukir satu lagi detik bersejarah dalam kerjayanya.
Ernie meraih 124,448,198 juta undian sejak September lalu, menjadikannya penerima undian tertinggi bagi edisi kali ini.
Menerusi kemenangan tersebut, Ernie membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sebuah trofi.
Dalam ucapan penuh emosi, Ernie mengakui tidak pernah terlintas untuk memenangi kategori utama tersebut.
“Terima kasih kepada semua yang mengundi. Saya tak sangka langsung. Saya hargai sokongan ini dan doakan saya dapat terus buat yang terbaik,” katanya yang gagal menahan sebak.
Pada malam anugerah itu, Ernie turut mencapai satu lagi kejayaan apabila diumumkan sebagai Penyanyi Wanita Popular, melengkapkan dua kemenangan besar untuknya.
Sementara itu, Sweet Qismina dan Fattah Amin masing-masing membawa pulang trofi Aktres Filem Popular dan Aktor Filem Popular.
Dalam kategori penyiaran, Haiza mencatat kemenangan pertama apabila dipilih sebagai Penyampai Radio Popular, sekaligus mengatasi DJ Lin, AG, Cik Piah dan DJ Sonic.
Kumpulan KRU pula memperkukuh kedudukan mereka sebagai legenda muzik tanah air apabila meraih kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular.
Sementara itu, kumpulan legenda Alleycats menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan terhadap lebih 50 tahun sumbangan mereka dalam dunia hiburan.
Bertemakan Satu Keunggulan, ABPBH37 yang berlangsung di Hotel Premiera dikendalikan oleh pasangan hos Raja Azura dan Shiha Zikir.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang ABPBH37:
Bintang Paling Popular: Ernie Zakri
Artis Baharu Lelaki Popular: Jazmy Juma
Artis Baharu Wanita Popular: Umairah
Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini
Penyanyi Wanita Popular: Ernie Zakri
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: KRU
Aktor Filem Popular: Fattah Amin
Aktres Filem Popular: Sweet Qismina
Aktor Pembantu Filem Popular: Adam Lee
Aktres Pembantu Filem Popular: Heliza Helmi
Aktor TV Popular: Zahiril Adzim
Aktres TV Popular: Emma Maembong
Aktor Pembantu TV Popular: Nazim Othman
Aktres Pembantu TV Popular: Raja Azura
Penyampai Radio Popular: Haiza
Pengacara TV Popular: Fiza Sabjahan
Artis Komedi Popular: Joey Daud
5 kategori sampingan Ekstra Tonton Paling Popular:
Gandingan Serasi Drama Popular: Anna Jobling & Shukri Yahaya
Gandingan Serasi Filem Popular: Emma Maembong & Iedil Putra
Lagu Paling Boom Popular: Nurcinta – Amir Masdi
Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin
Seller Terpaling Popular: Datuk Seri Aliff Syukri
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Kumpulan Alleycats
