Usia Perkahwinan Masih Muda, Sweet Qismina Tak Terfikir Buat IVF

Usia Perkahwinan Masih Muda, Sweet Qismina Tak Terfikir Buat IVF

Pelakon, Sweet Qismina, 28, tidak merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti dicadangkan segelintir pihak, meskipun mengimpikan memiliki zuriat sendiri.

Menurut Sweet, usia perkahwinannya bersama suami, aktor Adam Lee masih terlalu baharu dan mereka tidak tergesa-gesa dalam soal menimang cahaya mata.

“Saya tak pernah terfikir nak buat apa-apa rawatan, tambahan pula usia rumah tangga saya dengan Adam baru tiga tahun, terlalu baru.

“Usia kami pun masih muda, jadi buat masa sekarang kami hanya ikut rezeki. Kalau ada rezeki untuk hamil, semuanya kerja Allah SWT. Tiada apa nak komen lebih, cuma doakan yang baik-baik,” katanya.

Bercerita lanjut, Sweet bersyukur kerana suami dan keluarga tidak pernah memberi tekanan dalam hal berkaitan zuriat.

“Saya dan suami tak pernah rasa tertekan pun, malah keluarga kami sentiasa beri semangat dan sokongan positif.

“Rezeki saya tahun ini menang anugerah, mana tahu tahun ini juga rezeki untuk menimang anak,” ujarnya lagi.

Imbas kembali, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

Sebelum ini, pelakon filem Babah itu pernah berkongsi hasrat untuk memiliki anak, namun menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki dan ketentuan Ilahi.

Dalam perkenbangan lain, Sweet dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) menerusi filem Babah.

Related post

Leave a Reply