
Wajah Berjahit, Gordon Ramsay Syukur Pembedahan Kanser Kulit Berjaya
Cef selebriti popular, Gordon Ramsay mendedahkan di Instagram yang dia selamat menjalani rawatan untuk kanser kulit.
Menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini, Gordon menunjukkan keadaan wajahnya selepas pembedahan.
Pada hantaran sama, Gordon turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang terlibat dalam rawatan berkenaan.
“Saya amat bersyukur dan menghargai pasukan luar biasa di The Skin Associates serta tindakan pantas mereka membuang karsinoma sel basal ini. Terima kasih!” tulisnya.
Dalam masa sama, Gordon turut menjelaskan yang jahitan pada wajahnya itu bukanlah akibat ‘pembedahan plastic’.
Selain itu, cef yang cukup terkenal dengan kelantangannya mengkritik itu turut menasihati para pengikut supaya sentiasa menggunakan krim pelindung matahari.
Menerut Mayo Clinic, karsinoma sel basal ialah sejenis kanser kulit yang biasa berlaku dan bermula pada sel basal kulit, iaitu sel yang menghasilkan sel kulit baharu.
Faktor risiko yang meningkatkan kemungkinan berlakunya karsinoma sel basal termasuklah pendedahan kronik kepada cahaya matahari atau katil penyamakan komersial, terapi radiasi serta pengambilan ubat penekan imun.