
Suzy Nafi Khabar Angin Kahwin Dengan CEO Produk Kecantikan
Penyanyi dan pelakon popular, Suzy, sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan khabar angin perkahwinan.
Baru-baru ini, dalam sebuah komuniti atas talian, seorang netizen tanpa nama mendakwa Suzy sudah bertunang dengan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat produk kecantikan dan pengumuman rasmi bakal dibuat tidak lama lagi.
Khabar angin itu pantas tersebar di pelbagai platform media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai siapakah sebenarnya “CEO syarikat produk kecantikan” yang dimaksudkan.
Namun begitu, Presiden Management SOOP, agensi yang menguruskan Suzy iaitu Kim Jang Kyun, tampil menafikan dakwaan tersebut.
Beliau menulis di Instagram: “Kalau anda tersebar khabar angin yang tidak berasas, bersedialah untuk kena marah besar,” katanya.
Sementara itu, Suzy bakal kembali menyapa peminat menerusi siri fantasi romantik asal Netflix berjudul Genie, Make a Wish yang akan ditayangkan pada 3 Oktober ini.