Jenna Ortega Dedah Apa Yang Menakutkannya Sebagai Pelakon Muda Di Hollywood

Jenna Ortega Dedah Apa Yang Menakutkannya Sebagai Pelakon Muda Di Hollywood

Jenna Ortega kini lebih terbuka berkongsi tentang kisah mengenai dirinya yang mula dikenali ramai sejak usia muda.

Menurut pelakon siri Wednesday itu, perjalanan meniti populariti bukanlah sesuatu yang mudah.

Menerusi wawancara bersama Vogue México dan Latin America keluaran September, Jenna menceritakan tentang proses belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang selebriti.

“Menjadi muda dan tegas adalah sesuatu yang sukar untuk diterima ramai orang, lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita.

“Saya sentiasa tahu bagaimana rasanya apabila tidak mempunyai suara, dan perkara itu amat menakutkan saya,” kata pelakon berusia 22 tahun itu.

Tambahnya, dia kini dia sudah belajar untuk bersuara bagi dirinya sendiri dan sentiasa memastikan suaranya digunakan sebaik mungkin.

“Saya tidak mahu berada dalam situasi itu lagi. Tetapi bagi saya, ia tentang memastikan saya menggunakan suara saya dengan cara yang paling profesional, berkesan dan penuh kebaikan,” jelasnya.

Jenna turut mendedahkan bahawa sebelum ini dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan diri di set penggambaran, mengimbas kembali satu produksi (yang tidak dinamakan) yang membuatkannya berasa tidak yakin untuk menyuarakan pandangan.

“Saya masih sangat muda ketika itu, saya tidak tahu apa-apa tentang industri ini, mungkin juga disebabkan pengalaman profesional tertentu yang saya lalui sebelum itu agak sukar.

Saya menutup diri dan menjadi sangat tidak yakin tentang kedudukan saya,” katanya lagi.

Related post

Leave a Reply