Lepas Jatuh Parit, Terus Dapat Kerja!
Gara-gara terjatuh ke dalam parit ketika menunggang motosikal, dua individu diterima menjadi pekerja tetap di sebuah syarikat!
Insiden tersebut berlaku ketika beribu-ribu orang beratur di hadapan pejabat PT Letsolar Energi Indonesia di Batam bagi mendapatkan pekerjaan.
Difahamkan, ramai dalam kalangan calon beratur seawal 5.20 pagi untuk menyerahkan resume mereka, walaupun waktu operasi pejabat bermula pada pukul 8 pagi.
Disebabkan terlalu ramai calon yang hadir, kesesakan berlaku di kawasan pejabat dan ia menyebabkan dua individu tersebut terjatuh ke dalam parit.
Menariknya, kedua-dua individu yang terjatuh ke dalam parit itu telah diterima bekerja. Hal tersebut disahkan oleh Ketua Polis Sagulung, Iptu Rohandi Tambunan.
“Pihak pengurusan mengaku terdapat beberapa kesalahan dalam proses pemilihan sehingga menyebabkan situasi tidak terkawal.
“Mereka juga tidak menyangka jumlah orang yang hadir mencecah ribuan,” tambahnya.