Lelaki Dikebumikan Bersama Motosikal

Satu lagi berita aneh yang menggemparkan Indonesia apabila tular satu video yang memperlihatkan jasad seorang remaja yang dikebumikan bersama motosikal miliknya.

Menurut laporan media, kejadian berlaku di Desa Oenitas, daerah Rote Barat wilayah Desa Nusa Tenggara Timur, Indonesia baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosial itu, warga setempat dilihat menurunkan sebuah motosikal jenis Honda CRF dalam sebuah kubur lalu diletakkan di sebelah keranda.

Pemimpin Desa Oenitas, Paulus Pasole menjelaskan, jasad dikenali sebagai MG itu dikebumikan sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) di halaman rumahnya.

“MG terlibat dalam kemalangan dan dirawat di Rumah Sakit Umum Daerah Ba’a. Dia disahkan meninggal dunia Selasa lalu selepas keadaannya semakin merosot.

“Keluarga mendiang bersepakat mengebumikan MG bersama motosikal disebabkan permintaan bapa mereka yang tidak sanggup untuk melihat motosikal itu setiap hari,” tambah Paulus seperti yang dilaporkan Kompas.

Related post

Leave a Reply