Puluhan Petani Berhenti Kerja, Tagih Hadiah Menerusi Live TikTok

Pelik tapi benar. Sepotong video yang memaparkan puluhan penduduk Desa Cikembar, daerah Sukabumi, meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi pengacara siaran langung di platform TikTok.

Menerusi rakaman berkenaan, sekumpulan penduduk kampung dilihat berjoget trend wadidaw di hadapan kamera telefon bimbit.

Hal itu dilakukan bertujuan meraih sumbangan daripada penonton siaran langsung berkenaan.

Difahamkan, aktivit berkenaan menjadi pilihan penduduk kampung sebagai sumber pendapatan alternatif menggantikan kerja pertanian.

Mereka berharap dapat memperoleh pulangan yang lumayan dalam tempoh segera menerusi sumbangan hadiah TikTok.

Melihat pada rakaman itu lagi, keadaan di kampung berkenaan menjadi hiruk pikuk, sambil diselang-selikan dengan teriakan dan gelak ketawa.

Ada juga dalam kalangan penduduk kampung itu menyanyikan lagu-lagu popular sambil menari dan berjoget.

Sudah tentu, hal ini ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ada yang menzahirkan rasa simpati terhadap nasib golongan petani yang semakin terdesak mencari pendapatan, manakala sebahagian lain pula menzahirkan rasa sedih dan risau apabila budaya hiburan keterlaluan mula mengambil alih pekerjaan tradisional yang mulia.

Related post

Leave a Reply