FAHMI SERAH WATIKAH PELANTIKAN KEPADA ENAM AHLI PERBADANAN FINAS BAHARU

Kuala Lumur, 15 Ogos (Bernama) – Seramai enam individu dilantik sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu bagi mengisi kekosongan sedia ada berkuat kuasa 1 Ogos lepas hingga 31 Julai 2025.

FINAS dalam kenyataan hari ini berkata mereka yang dilantik adalah Saeful Fahly Moktar; Aidah Ahmad adzmi; Chacko George Vadaketh; Rozaidi Abdul Jamil; Yee I-Lan dan Gregory Wee Lik Hoo.

Menurut kenyataan itu, watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam majlis yang diadakan di sini hari yang turut dihadiri Pengerusi FINAS Datuk Kamil Othman, ahli-ahli Perbadanan dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS Rozita Waty Ridzuan.

“FINAS yang bertanggungjawab meletakkan fokus pemerkasaan ekonomi dan kualiti industri kreatif termasuk sektor perfileman, akan terus komited dakan memastikan pembangunan industri filem tempatan terus berkembang,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Rozaidi Abdul Jamil atai lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata beliau akan cuba membantu FINAS terutama dalam aspek kebajikan industri seni selain mengangkat martabat anak-anak seni menerusi badan ini.

“Kita juga akan membangunkan data untuk industri dan secara tidak langsung ia akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai pemain industri di Malaysia,” katanya.

– BERNAMA –

Related post