Trending

Adira Ada Alasan Tersendiri Anak-Anak Tak Datang Majlis Persandingan Bekas Suami

Penyanyi, Adira Suhaimi, 34, mempunyai alasan dan sebab tersendiri mengapa tidak membenarkan empat cahaya matanya hadir pada majlis persandingan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, baru-baru ini.

Menurut Adira, perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan polemik kerana hubungan antara Datuk Red dan anak-anak masih berjalan seperti biasa.

“Saya sebenarnya tak nak layan benda-benda macam ini. Buat masa sekarang, saya dah tak nak dengar isu macam ini lagi.

“Bagi saya, isu tak datang ke majlis bekas suami bukanlah isu besar atau penting untuk diperbesar-besarkan.

“Apa yang penting, saya masih lagi bagi anak-anak berjumpa dia,” katanya.

Mengulas lanjut, Adira berkata keutamaannya kini adalah memastikan empat cahaya matanya membesar dalam keadaan baik tanpa dibebani dengan perkara yang tidak memberi manfaat.

Jelas penyanyi itu, segala tanggungjawab membesarkan anak-anak kini dipikul olehnya dan dia berharap orang ramai menghormati ruang peribadinya sebagai seorang ibu.

“Saya menjaga amanah untuk membesarkan anak tanpa mengusik atau menyusahkan sesiapa.

“Semua itu saya tanggung sendirian. Jadi saya minta jangan usik saya juga kerana saya tak pernah usik sesiapa.

“Bukan mudah membesarkan empat orang anak. Saya mencari rezeki untuk menampung pendidikan, perlindungan, tempat tinggal, makan minum, pakaian dan kesihatan mereka.

“Jadi, berilah saya peluang menjalankan kehidupan sebagai seorang ibu dan terus fokus pada kerjaya,” ujarnya.

Terdahulu, Datuk Red meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa keempat-empat anaknya tidak hadir pada majlis resepsi perkahwinannya bersama isteri baharu, Rohanita yang berlangsung pada 27 Julai lalu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebelum sah bercerai pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Related Articles

Back to top button