Lydia Ibtisam Meninggal Dunia

Pelakon popular era 2000-an, Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia pada petang Khamis.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh sahabat baiknya yang juga pelakon dan penyanyi, Elliza Razak menerusi satu hantaran di Instagram Story.
Terdahulu, suami Allahyarham, Ezam Merican, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan isterinya yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan.
Menurut Ezam, Lydia menghidap penyakit autoimun yang telah menjejaskan fungsi buah pinggang selain mengalami jangkitan virus pada perut, paru-paru dan darah.
Sehari sebelum pemergiannya, Ezam turut berkongsi perkembangan terkini keadaan Lydia menerusi hantaran di Instagram, memaklumkan isterinya berada dalam keadaan kritikal serta memohon doa daripada orang ramai.



