Amira Othman Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Jarir Umar Bin Abdul Fattah

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki pada petang Selasa.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin menerusi satu hantaran di media sosial.
Malah, pasangan itu turut mengumumkan nama putera sulung mereka, Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.
“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya, Nadia Amira binti Othman, selamat melahirkan bayi kami pada jam 6.20 petang Selasa,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Fattah turut merakamkan penghargaan kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan urusan kelahiran isteri dan anak mereka.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh serta penyejuk hati mommy dan daddy,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan itu, selain mendoakan agar Amira dan bayi berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segala urusan.
Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.



