Jin BTS & Beberapa Artis Korea Tunai Tanggungjawab Mengundi

Anggota kumpulan BTS, Jin, meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab mengundi walaupun sedang sibuk dengan jadual jelajah dunia bersama kumpulannya.
Ketika Korea Selatan mengadakan Pilihan Raya Tempatan Kebangsaan ke-9 serta pilihan raya kecil Parlimen pada 3 Jun, beberapa selebriti turut berkongsi foto dan mesej bagi menggalakkan penyertaan rakyat dalam proses demokrasi.
Jin dilaporkan hadir ke Pusat Mengundi No. 3 di Hannam-dong, Daerah Yongsan, Seoul untuk membuang undi. Penyanyi itu mencuri perhatian ramai kerana tetap mengambil bahagian dalam pilihan raya walaupun kini sedang menjalani jadual jelajah dunia ARIRANG.
Sementara itu, pelakon muzikal Kim So Hyun dan Son Jun Ho turut berkongsi foto mereka mengunjungi pusat mengundi bersama anak lelaki mereka, Joo An.
Personaliti televisyen Jang Sung Kyu pula mendedahkan bahawa beliau membawa anaknya ke pusat mengundi buat kali pertama. Dalam hantaran tersebut, beliau menulis: “Kepada mereka yang dipilih, jagalah anak-anak kami dengan baik,” tulisnya.

Dalam masa sama, personaliti TV Jang Young Ran turut memuat naik foto ketika mengundi dan menggesa orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
“Walaupun sibuk, pastikan anda keluar mengundi,” katanya.
Pelakon Yoon Jong Hoon juga berkongsi foto di luar pusat mengundi sambil menulis: “Mari kita semua mengundi,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, anggota kumpulan Cortis, Martin dan Juhoon, sebelum ini telah berkongsi foto mereka ketika proses pengundian awal.
Dilahirkan pada tahun 2008, kedua-duanya layak mengundi buat kali pertama pada tahun ini. Sambil memegang sijil pengundian awal, mereka berkata:
“Kami dah dewasa sekarang,” ujar mereka.



