Film

Hanya Seminggu Di Pawagam, Filem Konspirasri Dihenti Tayang Serta-Merta

Pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa terkejut apabila filem Konspirasi yang mula ditayangkan di pawagam sejak 21 Mei lalu dilaporkan dihentikan tayangan secara serta-merta di semua pawagam tanah air.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Sarimah tidak menyangka perkara itu berlaku dan menyifatkan situasi berkenaan sebagai sesuatu yang pelik dalam industri perfileman tempatan.

“Saya dapat satu lagi berita yang mengejutkan, filem Konspirasi terpaksa dihentikan tayangan di semua panggung wayang serta-merta.

“Malaysia, apa yang terjadi? Jujurnya ini kali kedua saya menghadapi situasi sangat pelik fasal filem,” tulisnya.

Bagaimanapun, Sarimah memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana enggan membuka terlalu banyak cerita di sebalik isu terbabit.

“Kalau nak cerita semua nanti terlebih ‘spill’ segalanya. Nantilah, ketenangan menjadi pilihan,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi netizen yang melahirkan rasa kecewa dengan nasib filem tempatan, selain membandingkan tempoh tayangan karya luar negara yang didakwa lebih lama bertahan di pawagam.

Konspirasi merupakan filem arahan Ghaz Abu Bakar yang diterbitkan oleh Elepfilm Entertainment bersama Asia Tropical Films.

Filem itu mengisahkan sekumpulan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan misi berisiko tinggi bagi membanteras sindiket rasuah serta kebocoran maklumat sulit.

Related Articles

Back to top button