“Kami Tak Pernah Bercinta”

Pengacara, Hawa Rizwana menafikan dakwaan yang mengaitkan hubungannya dengan personaliti media sosial Boss James hanya sekadar gimik atau kandungan semata-mata di platform digital.
Menurut Hawa, walaupun mereka tidak lagi kerap muncul bersama dalam siaran langsung seperti sebelum ini, hubungan persahabatan antara mereka masih kekal baik dan tidak pernah bermasalah.
“Bagi orang yang betul-betul kenal saya, saya bukan jenis yang buat apa-apa untuk content, for the sake of content.
“Sebab saya seorang yang jujur dalam persahabatan dan setiap apa yang berlaku saya percaya ada sebab di sebaliknya,” ujarnya.
Jelasnya, dia bukan seorang yang suka menjadikan hubungan atau pergaulan semata-mata demi konten, sebaliknya lebih selesa bersikap jujur dalam persahabatan dan percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.
Tambahnya lagi, perubahan jadual kerja menjadi antara faktor mereka jarang muncul bersama di media sosial, termasuk selepas dia terlibat dengan penggambaran di London selepas musim perayaan.
Dalam masa sama, Hawa menegaskan bahawa hubungan mereka tidak pernah lebih daripada sekadar rakan, sekali gus menepis spekulasi kononnya mereka pernah mempunyai hubungan cinta.
“Kami berkawan dari kenalan kami, dan memang kami berkawan sehingga sekarang. Memang tak ada live macam dulu sebab selepas raya saya sudah ke London untuk penggambaran.
“Tiada masa untuk kami tapi tiada konflik antara kami dan masih berkawan. Kami tak pernah bercinta, memang siapa-siapa yang mengikuti live atau media sosial saya selalu menekankan yang kami berkawan,” luahnya seperti dilapor Gempak.
Sebelum ini, kemesraan yang ditunjukkan Hawa dan Boss James di media sosial sering mencuri perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai andaian mengenai status hubungan mereka.



