Penampilan BamBam Di Cannes Film Festival Dikecam

Penampilan anggota kumpulan GOT7, BamBam di karpet merah Cannes Film Festival ke-79 baru-baru ini menerima reaksi negatif dalam kalangan netizen.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial, penyanyi asal Thailand itu memilih gaya sut klasik serba hitam.
Dia mengenakan sut double-breasted bersama seluar potongan longgar yang memberikan penampilan elegan dan minimalis.
Bintang itu turut memadankan gayanya dengan aksesori ringkas iaitu sebentuk cincin dan sepasang anting-anting.
Bagi kasut pula, BamBam memilih kasut kulit hitam yang melengkapkan penampilannya di karpet merah.
Walaupun tampil kemas dan bergaya, penampilan BamBam tetap menjadi sasaran kritikan segelintir netizen di media sosial.
Ramai memberi komen terhadap visual wajahnya dengan pelbagai reaksi yang agak keras.
Perbincangan mengenai kemunculan BamBam di Cannes kemudiannya menjadi hangat dalam komuniti dalam talian apabila ramai netizen mula membandingkan penampilannya dengan imej terdahulu.



