Berita

Jenazah Abang Aizat Amdan Selamat Dikebumikan

Jenazah abang kepada penyanyi Aizat Amdan iaitu Allahyarham Amir Amdan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana kira-kira jam 3.30 petang, Jumaat.

Kira-kira 100 orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah, termasuk ahli keluarga, saudara-mara, rakan terdekat serta beberapa rakan artis.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham telah dimandikan dan disolatkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Selangor.

Pada petang Khamis, Aizat menerusi hantaran di Instagram memaklumkan abangnya telah menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca serta butiran lanjut berhubung pemergian Allahyarham.

Related Articles

Back to top button