Penampilan Terkini Nichkhun 2PM Kejutkan Peminat

Anggota kumpulan 2PM, Nichkhun mengejutkan peminat dengan penampilan terbaharunya yang menjadi perhatian ramai di media sosial.
Baru-baru ini, 2PM memuat naik video baharu di saluran YouTube rasmi mereka.
Selain Nichkhun, pihak produksi turut menjemput anggota 2PM lain seperti Jang Woo Young dan Jun. K untuk berbincang mengenai idea tinggal bersama semula di dorm menjelang aktiviti kumpulan mereka.
Nichkhun menjadi anggota pertama tiba dengan penampilan santai mengenakan hoodie dan topi.
Tidak lama kemudian, Jun. K pula muncul dengan kot bergaya sehingga menarik perhatian ramai kerana visual idol serta penampilannya yang kelihatan sangat terjaga.
Perbezaan ketara antara kedua-dua anggota itu menjadi topik hangat selepas video tersebut tular dalam talian.
Nichkhun yang sebelum ini terkenal dengan imej ‘Putera Thailand’ serta visual tampan ketika zaman kemuncaknya dilihat tampil dengan tubuh yang lebih berisi berbanding dahulu.
Netizen kemudian membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi seperti:
“Masa memang tak boleh dilawan.”
“Diet memang makeover terbaik.”
“Itu betul-betul Nichkhun ke?”
Sementara itu, 2PM bakal mengadakan konsert penuh enam anggota mereka bertajuk The Return pada 8 dan 9 Ogos ini di Inspire Arena.



