Trending

Nora Danish Sudah Putus Dengan Mickey Ayo

Pelakon, Nora Danish, 44, mengakui hubungannya dengan lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo kini hanya sekadar kawan, selepas menyedari mereka kurang mempunyai keserasian dalam pelbagai aspek.

Menurut Nora, hubungan yang sebelum ini berada pada fasa mengenali hati budi tidak berkembang ke tahap lebih serius seperti yang diharapkan.

“Kita kena melihat banyak perkara sebelum melangkah ke peringkat seterusnya, termasuk keserasian dan persefahaman.

“Selepas mengenalinya, saya rasa lebih selesa sebagai kawan sahaja. Hubungan kami kini tidak lagi serius, sekadar berkawan,” katanya.

Tambah Nora, sejak awal lagi dia tidak pernah mengesahkan lelaki berkenaan sebagai kekasih, sebaliknya hanya dalam proses mengenali.

“Saya tidak pernah cakap dia kekasih saya. Kami hanya cuba mengenali antara satu sama lain, tetapi hubungan itu setakat ini sahaja,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nora menegaskan dia masih membuka ruang untuk bertemu jodoh, namun menyerahkan soal tersebut kepada ketentuan takdir, lebih-lebih lagi selepas melalui dua kegagalan rumah tangga.

“Saya masih single, belum dimiliki sesiapa,” ujarnya ringkas.

Mengulas spekulasi peminat yang mengaitkannya kembali dengan bekas suami, Rizal Ashram, Nora menjelaskan hubungan mereka kekal baik demi anak-anak.

Selain Rizal, Nora turut mengekalkan hubungan harmoni dengan seorang lagi bekas suami, Nedim Nazri.

“Saya memang selesa berkawan dengan bekas-bekas suami. Kami ada hubungan baik dan itu sudah memadai.

“Kami berkawan demi anak-anak, tidak lebih daripada itu. Soal masa depan, kita serahkan kepada takdir,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button