Berita

Pelbagai Acara Menarik Sempena Festival Orkestra Kuala Lumpur 2026

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menganjurkan Festival Orkestra Kuala Lumpur (FOKL) 2026 yang berlangsung dari 28 Mei hingga 28 Jun.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin, memaklumkan bahawa sebanyak 45 acara akan dianjurkan sepanjang tempoh tersebut, meliputi konsert, persembahan kecil, bengkel, forum serta karnival di beberapa lokasi ikonik sekitar ibu negara.

Menurut beliau, lebih 2,000 peserta akan mengambil bahagian, termasuk penyertaan orkestra dari Thailand, Jepun, Singapura, Filipina dan China, selain kumpulan tempatan seperti Orkestra Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Youth Orchestra, Malaysian Philharmonic Youth Orchestra dan Orkestra RTM.

Tambahnya, edisi ketiga FOKL ini turut menampilkan kolaborasi istimewa bersama Yogyakarta Royal Orchestra dari Indonesia yang akan dipersembahkan secara dalam talian melalui YouTube, sekali gus memperluas jangkauan perkongsian seni ke peringkat antarabangsa.

Selain persembahan, FOKL 2026 juga memberi penekanan kepada pembangunan bakat muda menerusi penganjuran bengkel, sesi uji bakat serta program latihan seni persembahan.

Ismadi turut menegaskan bahawa festival ini berperanan sebagai platform penting dalam mengangkat Kuala Lumpur sebagai bandar seni, budaya dan kreativiti bertaraf global. 

Ini juga akammengukuhkan kedudukan bandaraya ini sebagai ahli UNESCO Creative Cities Network yang menitikberatkan peranan seni dan kreativiti dalam pembangunan bandar.

Sumber BERNAMA

Related Articles

Back to top button