Trending

Kisah Parut Atas Kening Jisoo Kembali Tular Gara-Gara Kontroversi Yang Melanda Abang Kandung

Satu kisah lama melibatkan Jisoo BLACKPINK dan abangnya kembali tular di media sosial susulan kontroversi terkini berkaitan keluarganya.

Pada 20 April, sebuah video dari tahun 2018 kembali dikongsi di platform dalam talian, memaparkan Jisoo berkongsi kisah zaman kanak-kanaknya. Dalam klip tersebut, Jisoo menunjukkan parut di atas keningnya dan menjelaskan ia berpunca daripada satu insiden melibatkan abangnya.

Menurut Jisoo, ketika berusia sekitar lima tahun, abangnya menakutkannya dengan memberitahu jika terhidu asap lori pembasmi kuman, ia boleh membawa maut, dan menggambarkan situasi tersebut sebagai sesuatu yang menakutkan.

Abangnya kemudian menyuruh Jisoo memanjat ke bahagian paling tinggi di taman permainan untuk ‘melarikan diri’, sambil berulang kali menyuruhnya berlari dan meyakinkannya: “Jangan risau, abang ada.”

Ketika bergegas memanjat, Jisoo dilaporkan terhantuk pada besi penghadang dan mengalami kecederaan yang menyebabkan pendarahan. Jisoo memberitahu abangnya dia mengalami luka dan berdarah. Namun ketika itu, abang Jisoo menyuruhnya terus berlari dan tidak memberi perhatian serius terhadap keadaan tersebut.

Jisoo turut berkongsi orang di sekelilingnya terkejut melihat keadaannya ketika dia pulang ke rumah.

Dia kemudian memberitahu abangnya kecederaan itu kelihatan serius. Namun, abangnya hanya menenangkan dengan mengatakan ia boleh jadi lebih teruk.

Setibanya di rumah, ibu dan nenek Jisoo merawat kecederaan berkenaan dengan membersihkan luka dan membalutnya tanpa membawanya ke hospital.

Apabila video ini kembali tular, reaksi netizen bercampur-campur. Ada yang meluahkan kebimbangan terhadap insiden tersebut, termasuk mempersoalkan mengapa rawatan hospital tidak diberikan, serta menganggap situasi itu agak luar biasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Jisoo turut mengeluarkan kenyataan dan menegaskan isu yang sedang tular tidak mempunyai kaitan dengan dirinya atau agensinya.

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button