Global

RM BTS Didakwa Merokok Di Kawasan Larangan Di Jepun

Ketua BTS, RM didakwa dilihat merokok di kawasan larangan semasa berada di daerah Shibuya, Tokyo, lapor majalah mingguan Jepun Shūkan Bunshun.

Menerusi artikel sama, RM dilaporkan merokok di beberapa tempat yang melarang aktiviti tersebut, termasuk di jalan yang mempunyai tanda larangan merokok sepanjang lawatannya ke beberapa lokasi di Shibuya termasuk bar dan pub gaya izakaya.

Laporan itu juga mendakwa RM atau nama sebenarnya, Kim Namjoon merokok di kawasan dalaman yang jelas dihadkan seperti koridor bangunan, selain membuang puntung rokok di lokasi berkenaan.

Menurut saksi yang dipetik dalam laporan, petugas keselamatan di lokasi kejadian dikatakan telah memberi teguran terhadap tindakannya.

Penerbitan tersebut turut menyertakan beberapa gambar yang dikatakan sebagai bukti sokongan kepada insiden itu.

Setakat ini, HYBE selaku agensi pengurusan BTS, mahupun RM sendiri, belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Dakwaan ini juga belum disahkan secara bebas.

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button