Concert

Konsert BTS Tarik Pelancong Global Ke Korea, Tapi Jumlah Kehadiran Kesuluruhan Di Bawah Jangkaan

Peminat kumpulan BTS dari luar negara yang datang ke Korea Selatan untuk menonton konsert BTS baru-baru ini bukan sahaja menikmati kawasan popular di Seoul, malah turut meluaskan perjalanan mereka ke destinasi luar bandar.

Pada petang 21 Mac, selepas konsert tamat, sebuah pub besar di Mugyo-dong dipenuhi peminat BTS yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY.

Hal tersebut dapat dilihat menerusi inisiatif kerajaan tempatan yang turut aktif mempromosikan lokasi berkaitan BTS.

Bandar Gangneung di wilayah Gangwon mengetengahkan Pantai Jumunjin, lokasi penggambaran kulit album BTS, manakala Pyeongchang, lokasi rancangan In the SOOP BTS, turut menjadi tumpuan peminat.

Media antarabangsa turut memuji konsert tersebut

“Imej BTS membuat persembahan berlatarbelakangkan istana diraja melambangkan kepulangan budaya mereka ketika generasi muda Korea mula menilai semula warisan mereka,” ulas CNN.

Sementara itu, The Guardian pula melaporkan, BTS telah berjaya membuktikan kemampuan mereka untuk membuat kemunculan semula selepas empat tahun melalui persembahan di Dataran Gwanghwamun.

Pihak berkuasa turut menekankan kejayaan kawalan orang ramai. Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Choi Hwi Young menjelaskan, konsert berakhir tanpa sebarang insiden keselamatan, hasil kerjasama rakyat tempatan dan peminat antarabangsa.

Namun begitu, reaksi daripada peniaga tempatan bercampur-baur. Menerusi kehadiran yang lebih rendah daripada jangkaan, ada peniaga melaporkan yang mereka tidak merasai kesan BTS seperti yang diharapkan.

Walaupun anggaran awal mencecah 260,000 pengunjung, jumlah sebenar dianggarkan antara 104,000 (HYBE) hingga sekitar 46,000 hingga 48,000 berdasarkan data masa nyata Seoul.

Kehadiran yang lebih rendah ini dipercayai berpunca daripada langkah kawalan keselamatan yang ketat, susulan kebimbangan selepas tragedi rempuhan orang ramai di Itaewon empat tahun lalu.

Polis telah mengumumkan pelbagai sekatan lebih awal, termasuk operasi tanpa henti pengangkutan awam berhampiran serta kawalan kemasukan dengan pengesan logam.

Sesetengah pihak mengkritik langkah tersebut sebagai berlebihan. Menurut Associated Press, walaupun keselamatan menjadi keutamaan selepas tragedi 2022, sekatan ketat mungkin mengurangkan nilai simbolik konsert di Gwanghwamun.

Peniaga tempatan turut meluahkan kekecewaan. Sebuah restoran berhampiran Gwanghwamun menjangkakan jualan sehingga 20 juta won (RM51,925) tetapi hanya memperoleh sekitar 1 juta won (RM2,596) pada waktu pagi akibat kekurangan pelanggan. Seorang lagi pemilik kedai berhampiran Sejong Center melaporkan jualan hanya sekitar 70 hingga 80 peratus berbanding hari Sabtu biasa.

Terdapat juga kebimbangan mengenai penggunaan sumber yang besar. Kira-kira 10,000 petugas, termasuk 6,700 anggota polis, dikerahkan untuk kawalan orang ramai. Pengkritik menyatakan ia mungkin melibatkan kos pentadbiran yang tinggi, dengan anggaran sekurang-kurangnya 440 juta won (RM1.1 juta) untuk bayaran kerja lebih masa.

Perbincangan berterusan mengenai isu ini menunjukkan bagaimana konsert BTS bukan sahaja memberi impak besar kepada pelancongan, tetapi juga menonjolkan cabaran dalam mengurus acara berskala besar di bandar utama.

Related Articles

Back to top button